Rabu, 31 Disember 2008

KEDAI BARU


Sam dan Dol sedang berehat setelah penat mempersiapkan kedai yang mereka akan buka dua-tiga hari lagi. Kedainya dah siap tapi barang-barangnya belum sampai lagi. Dalam berbual-bual, Sam mencadangkan mereka "mengenakan" orang yang bertanya tentang kedai mereka itu. Dol setuju saja -- memang satu kepala dengan Sam.

Tak lama kemudian, lalulah Pak Pandir di depan kedai mereka.

Dilihatnya kedai itu kosong saja, lalu Pak Pandir bertanya kepada mereka berdua, "Anak-anak ni jual apa?"

Sam dengan rasa geli perutnya (sebab dapat mangsa pertama) pun menjawab, "mangkuk hayun.". Dol ketawa berdeket-deket -- kononnya kelakar le tu.

"Laku jugak ye", kata Pak Pandir pula. "Tinggal dua saja", tambahnya sambil tersenyum dan berlalu.
Read rest of entry

Lelaki ~ Sejati


Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawabyang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...
Read rest of entry

Isnin, 29 Disember 2008

Boroi ker Buncit (tips)

Kondom ker spenda pesen baru tuh???..



Sesuai bagi sesiapa yg boroi (yang peknen jgn terpedaya) nguehehehe...

Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.


Mengurang Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan


Makan perlahan-lahan
Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.


Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.


Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.


Hindari Sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.


Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan ialah seperti aerobik...


***tips nih takdo kene mengena ngan sesapo..sapo yg teraso tuh..mmg sahhh dio tuh boroi..khehehehe..
Read rest of entry

Termenung Sejenak..


Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT.Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.Berpeganglah kepada tiga R:
* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

KELAPANBELAS.Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATUAda ketikanya anda perlu bersendirian.
Read rest of entry

Rabu, 24 Disember 2008

Nombo Tepon..


Something of interest to you. Try this out !!!
Really amazing !

1) key-in the first 3 digits of your handphone number (not the 01x number) into the calculator
2) multiply by 80
3) add 1
4) multiply by 250
5) plus last four digits of phone number
6) plus last four digits of phone number again
7) minus 250
8) divide by 2 at last

Is it your handphone number ?
AMAZING EEEEH!!!!!


anyway what's your h/phone no????..
if i can enquire..khehehehe...iskk!!!
Read rest of entry

Isnin, 22 Disember 2008

ehh!!!..KeNe TiNdiH aNtU kEr???


"Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni... ... .betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer)... .. kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena... .aku pun jujur pernah ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu... aderla dalam 3-4 kali jugak... masa tu aku

sedar... boleh bukak mata separuh... ..aku tau aku sedar... tapi takleh gerak... kadang2 geram, sbb takleh gerak... ..pastu 5 minit baru leh gerak... .aku dulu pun takut... mmg ingat kena hempap dah... lps boleh gerak tu seram sejuk jer...

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia... ..barula aku tau kebenaran dia... . ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)... ..

temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement... ..waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage... .otak akan bagitau badan kita suruh rehat... so, badan kiter kira

macam switch off kejap... .REM atonia (tader muscle tone)... ... ok, otak kiter pun ader switch off button... .dipanggil reticular activating system RAS... ... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on... .kirenyer screensaver laaa or hibernate...

so,, bila kita bangun, RAS switched on balik... ... kita sedar fully awake

state... .tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter... . maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik... .mmg menakutkan tapi benar... . tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc... . dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)


Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)

4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan bla2

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal... .heheh extreme sgt contoh aku ni)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy"


**sumber dari IH

Read rest of entry

Sabtu, 20 Disember 2008

Apa itu MARKETING????..


Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampirinya dan berkata, "Aku adalah orang kaya.. kahwinlah dengan aku."
Itu adalah DIRECT MARKETING.

Jika anda berada di sebuah pesta dengan kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata, Lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda).Ia sangat kaya,kahwinlah dengan dia."
Itu adalah ADVERTISING.

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampiri dan meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya anda menelefonnya dan mengatakan,"Hi.. aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku."
Itu adalah TELEMARKETING.

Anda tengah berada d sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda membetulkan tie, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman. Anda membukakan pintu untuknya saat menghantar pulang dan berkata, "Aku sangat kaya, mahukah kau kahwin dengan aku?"
Itu adalah PUBLIC RELATIONS.

Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Ia berjalan ke arah anda dan mulai merayu, "Kau sangat kaya rupanya."
Itu adalah BRAND RECOGNITION.

Anda berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda mendekatinya dan berkata, "Aku sangat kaya, Kahwinlah dengan aku." Lalu ia menampar muka anda.
Itu adalah CUSTOMER FEEDBACK alias COMPLAIN

NGEEEE...KHEHEHEHEHE..PADAN MUKO..
Read rest of entry

kali PERTAMA


Malam itu bulan mengambang penuh
Sejuk dan sunyi
Seolah-olah merestui apa yang akan ku lakukan
Namun jantungku berdebar kencang

Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya

Sejak awal malam lagi aku sudah mula risau
Pengalaman yang ada cuma dari cerita orang saja
Dialah yang pertama bagiku

Malam sudah hampir subuh
Aku masih terpaku lagi
Dapat kurasa kehangatan badannya di sisiku
Orang lain semua masih tidur
Kata orang inilah masa yang paling sesuai
Sebelum subuh
Sebelum matahari terbit

Ahhhhhhhhh!!
Aku lelaki
Aku mesti boleh melakukannya
Mesti mesti mesti
Ku beranikan diri
Ku pandang saja
Dia diam saja
Ku renung matanya
Dia masih diam
Aku tahu dia menunggu aku
Akulah yang mesti melakukan
Mesti mesti mesti

Denyutan jantungku bertambah kencang
Kuberanikan diri lagi
Ku pegang kepalanya
Dia masih diam
Perlahan, ku raba belakangnya
Oh! Dia bergerak
Mungkin geli
Denyutan jantungku tidak terkira lagi

Ku pandang punggungnya yang bulat
?besar? terlintas di fikiranku
gatal di hatiku makin menjadi
ku pegang punggungnya yang pejal
ku dengar deru nafasnya
jantungku hampir meletup kurasa
geramku tidak tertahan lagi
kini aku sudah nekad
ku pegang susunya
ohhhh! Alangkah lembutnya
alangkah halus kulitnya
ku ramas perlahan
dia menoleh!!
Hampir pengsan ku rasa
Namun aku tahu aku sudah bersedia
Dia tahu aku akan?..
Aku terus duduk
Aku sudah tidak malu lagi
Aku sudah tidak takut lagi
Aku kangkangkan kedua kakinya
Ku letakkan kedua tanganku pada susunya
Besar dan penuh
Ku ramas pelahan
Lagi dan lagi
Kini aku sudah tahu
Kini aku sudah rasa
Bagaimana seronoknya
Memerah susu lembu...
Read rest of entry

Rabu, 17 Disember 2008

Layanzzz Short Horor Movie sket...

DAH KE BELUM?


Short Horror Movie No 1 - For more of the funniest videos, click here


OVERTIME


Short Horror Movie No 2 - Funny home videos are a click away


SPIRIT OF THE COIN


Short Horror Movie No 3 - Watch today’s top amazing videos here

Read rest of entry

~~~BERSAMA BERDOA~~~






Read rest of entry

Ahad, 14 Disember 2008

REAL JET SKI

Read rest of entry

DAPUR CAP KAKI??

Nih mesti kene denda sebab tak wat keje skolah nihh....
Read rest of entry

Jangan bercakap masa sembahyang


Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat.
Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pun makan tengahari di rumah, adapun perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.

Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu, lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya.

Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.

Amat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu..amat pun berbisik kepada orang dihadapannya...

Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti..."
lalu orang itupun menjawab...

"Alah,setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kau tu".
Lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pun berkata...

" Eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap"
Selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara

" Yang kau bercakap tu aper ?"....

Sahlah... sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa...
Read rest of entry

CUTI KECEMASAN

Read rest of entry

Sabtu, 13 Disember 2008

Dangerous Rock



...!!!!warghhh!!!warghhhh!!!..warrghhh!!,..Janji rock!!..
Read rest of entry

Jumaat, 12 Disember 2008

Cuci Dosa Di Thailand????..




Read rest of entry

SUAMI ZAMAN SKANG

SIAAAANNNNN...LAKI TUH!!!..
TAKDER ATI PERUT RUPANYERRRR...hhhhnnnnnnssssss,,....
Read rest of entry

Real Thumb Drive

Read rest of entry

Selasa, 9 Disember 2008

~Catatan Sebijik Lalat~

Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih secawan Nescafe tarik.Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.'Kakkk...masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya...' ungkap sorang mamat dgn rasa jijik 'Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.' Kata kakak itu....dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah korang tahu, cukuplah kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja seperti mana kebanyakan rakyat Malaysia ini.Biasalah kan, korang pun selalu dengar 'mamat tu kurang ajarbetul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku,dah lah tak bagi signal...'atau 'hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway,nasib baik ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau tidak tak tahulah aku...' atau 'Ngko ingat aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak ngko dengan dia lagi, aku bagi kat situ jugak..'. Nama Mamat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kalian sehari-hari.

Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis MuscaDomestica atau Lalat Rumah dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai dua sayap. Aku adalah antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan diseluruh dunia. Aku berusia 8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudahmenghabiskan sekolah rendah dalam masa 2hari, sekolah menengah dalam masa 2hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari. Kelmarin aku baru dianugerahkan dengan Ijazah SarjanaMuda Makanan dan SampahSarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan,cuma ambil ijazah di tepi tongsampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan.Aku nampak seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Akusinggah sebentar di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan tangannya sambil mulutnya memakihamun aku. 'Celaka punya Lalat..!' kata dia.
Aku dihina sebegitu rupa seolah olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku adalah serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan virus yang merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk,sekurang-kurangnya aku lebih baik dari dia.Seberapa ketika kemudian aku melihat dia dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang bangunan.

Sekotor-kotor aku, engkau lebih kotor,lebih celaka !.Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam hati.

Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini. Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih hina? Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggilkawan-kawan aku. Kami berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku menyapu-nyapu tanganku sebelum menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan kalian yang langsung tidak membasuh tangan.

Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi.Itulah kerja aku dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah belakang sebuah rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan.Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian.Sudah rezeki aku.Sambil makan, aku melihat pada sehelai suratkhabar. Aku membacanya sebaris dua dengan mata yang kabur sebab aku mempunyai mata kumpuan yang mampu menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan.(aku pandai membaca ketika usiaaku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan lalat). Isi beritanya memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah,berita rogol, bunuh,culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua.Apa yang biasa aku dengar dalam masyarakat aku hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan sadisnya oleh manusia,kematian lalat yang disembur dengan Ridsect atau Sheltox,kematian lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat terkena renjatan elektrik pada perangkap ultra violet. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan.

Kalian memang memualkan aku.Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina sebenarnya.

Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh dengan bermacam-macam tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan kalian tapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi aku?.Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir kalian, itu dikatakan manis?Kenapa bila kalian pening-pening dikatakan sebagai pening-pening aku? Kenapa aku dijadikan perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan tahi aku dan kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi maklumat penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian kalian.

Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang dipipiskan lada' ?. Eh, itu burung, ngko jangan nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat 'A' tau.Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata kalian.Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi menyapu awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan.

Dengan sayap-sayap ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku cuma mampu hidup selama 40 hari dan sekiranya aku melangkaui 40 hari kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin kalian tidak tahu.

Aku hanya mampu berdoa agar aku mampu hidup sehingga 100 hari dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya,aku masih dipandang hina dan bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Aku perlu mencari tempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran.Bukan tempat yang terlalu sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,aku mampu pengsan selama berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar sekiranya aku dipanaskan balik dengan sedikit haba.

Aku terjumpa sebuah tempat yang berhawa dingin, sebuah pejabat yang cantik. Aku masuk dengan menumpang seseorang yang membuka pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuh kumenjadi sedikit dingin terkena hembusan pendingin hawa. Aku terpandang sebuah komputer yang terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh konsentrasi. Aku singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak menyedarinya. Terlalu asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar pada skrin komputer.'Ah!!..sebuah Blog dengan nama Blalang Sutra...terdapat sebuah catatan tentang seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca cerita pasal lalat? Tak ada kerja ke dia? Boss dia tahu atau tidak yang dia sedang berpura-pura berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya membayar gaji dia untuk membuat kerja dan bukannya membaca sebuah cerita tentang entah apa-apa..' bisik hati kecil aku.

Manusia,,,manusia...Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan tentang seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita lalat.Menarik sangat kah cerita seekor lalat?.Entahlah.......dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

Epilog.Lalat itu meninggal di dalam buih-buih airNescafe tarik tadi pada usia 10hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke100 harinya. Mungkin itu sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga 100 hari mungkin dia sudah menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya fikirnya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia.

p/s Nguehehehehehe...Jangan marah lalat.

pstttt!!!..citer nih takder kene mengene ngan FLy @ cK..iskk.
Read rest of entry

Migraine – Very Effective Tips for Instant Relief

Read rest of entry

Sabtu, 6 Disember 2008

WOMEN ARE COMPLEX CREATURES

If you kiss her, you are not a gentleman
If you don’t, you are not a man
If you praise her, she thinks you are lying
If you don’t, you are good for nothing
If you agree to all her likes, you are a wimp
If you don’t, you are not understanding
If you visit her often,she thinks it is boring
If you don’t , she accuses you of double-crossing
If you are well dressed, she says you are a playboy
If you don’t , you are a dull boy
If you are jealous, she says it’s bad
If you don’t, she thinks you do not love her
If you attempt a romance, she says you didn’t respect her
If you don’t, she thinks you do not like her
If you are a minute late, she complains it’s hard to wait
If she is late, she says that’s a girl’s way
If you visit another man, you’re not putting in “quality time”
If she is visited by another woman, “Oh it’s natural, we are girls”
If you kiss her once in a while, she professes you are cold
If you kiss her often, she yells that you are taking advantage
If you stare at another woman, she accuses you of flirting
If she is stared by other men, she says that they a just admiring
If you talk, she wants you to listen
If you listen, she wants you to talk
In short:
So simple, yet so complex
So weak, yet so powerful
So confusing, yet so desirable
So damning, yet so wonderful…
…….! WOMEN !……..
Read rest of entry

Penjahat & Penjara


Sepasang pengantin baru sedang bersiap menikmati malam pertama mereka.
Pengantin perempuan berkata, "Bang, saya masih anak dara dan tidak tahu apa-apa tentang seks. Boleh abang menerangkannya lebih dulu sebelum kita melakukannya?"

"Seks itu senang je., kita ni macam penjara, yang engkau punya tu selnya dan yang abang punya penjahatnya. Di penjara, penjahat harus dimasukkan ke dalam sel," terang pengantin lelaki.
Lalu mereka pun mulai bercumbu mengarungi lautan asmara .

Ketika sudah selesai dan si pengantin lelaki sedang berbaring akan memejamkan mata, si pengantin perempuan berkata,
"Bang, penjahatnya terlepas."

Pengantin lelaki pun mulai lagi memasukkan 'penjahatnya'. Rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertama ini ia rasakan. Setiap kali selesai, ia selalu mengatakan bahwa penjahatnya lepas atau melarikan diri, keluar dari selnya.

Setelah banyak kali macam tu, si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata, "Yang, penjahat yang ini bukannya kena hukuman penjara seumur hidup."

Iskkk!!!...iskkk...
Read rest of entry

KEMALANGAN


Satu kemalangan telah berlaku di sebuah jalan raya, ketika itu Pak Ali melalui jalan tersebut dan melihat ramai orang. Dia ingin tahu siapa yang terlibat dalam kemalangan tersebut, tetapi tiada ruang untuknya mencelah. Dia mendapat akal dan berteriak “Wei!.. tolong beri laluan, saya adalah bapa mangsa. Tiba-tiba terdengar suara mencelah, “Oooo… bapa kambing rupanya……”

p/s: jangan suka mnyibuk....ehehehehe..
Read rest of entry

Jumaat, 5 Disember 2008

AWAS Jangan Kentut Depan GAY

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.

Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.

"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.

Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja. "Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.

Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.

"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.

"A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.

Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.

"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu.

"Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.

Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.

Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!!

*Khehehehe...siannnnn kentut..uwahahaha...
Read rest of entry

Apa Erti Di Sebalik Alamat E-Mel

Ini hanya andaian jer..

1. GUNAKAN NAMA PENUH sekiranya namanya Amirah Alias, dia menggunakan alamat emelnya sbg 'amiran_alias@yahoo.com' iaitu menggunakan nama penuhnya. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatanya. Tapi ingat, jangan cuba perlekehkan dia.

2. NAMA DEPAN & TENGAH contohnya: Amril Luqman Mohd. Dia menggunakan alamat email sbg 'mailto:amril_luqman@yahoo.com' iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal org lain demi kepentingan sendiri. Selain itu, dia juga berani utk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

3. NAMA & TAHUN contoh: Nur Ashiqin ditulis sbg 'ashiqin2002@hotmail.om'. Wah! Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba nak tentang pendapatnya. Selain itu dia jugak tak suka komitmen dlm jangka masa yang terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah-olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Bagaimana dgn tahun 2003? Apakah dia juga akan turut mengubah tahun di akhir nikname itu?

4. NAMA SAMARAN contoh: 'mailto:cute_lady@tokeikedai.net' Dia langsung tidak menggunakan nama penuhnya dan menggunakan nama samaran yang cukup menarik. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang gemar hidup dalam khayalan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikkinya membuatkan org selesa bila berada disisinya. Jika diasah, dia boleh menjadi pemimpin, dgn gaya tersendiri.

5. NOMBOR & ABJAD contohnya SN24275. Namanya hanya diwakili oleh abjad dan huruf saja. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu 'membuka' dirinya kepada seseorang. Itupun seadainya kepercayaan mampu diraih. Jika tidak.... kirim salam saja lah.!
*iskkk!!!!...cam menipu jerkkk??..khehehehe
Read rest of entry
 



ShoutMix chat widget