Jumaat, 10 April 2009

Meh!!!..mandi bunga...

Bagaimana caranya?

Oh. ada beberapa cara. Berikut adalah cara cara memandi bunga dengan betul.

1. Cara Mandi Bunga

Sewaktu hendak mandi. Nyanyilah lagu Bunga Citra Lestari. Apa apa lagu pun tak pe. Janji lagu Bunga Cinta Lestari.

Boleh juga di lakukan dengan lagu lagu yang berunsurkan bunga..

Bunga Tanjung - Saripah Aini
Seroja bunga Seroja - Mawi
Bunga - Exist

Dan apa apa lagu lah yang bermain di minda anda.

Hah. Fading Like Flowers - Roxette tak boleh. Itu lagu bunga yang layu.

2. Cara Mandi Bunga 2

Bawak kereta anda. Carik port yang paling menarik. Park kereta anda dan pusing sedikit stereng untuk memastikan tayar sedikit terkeluar.

Ambik air sebaldi.

Siram !

Yes.. anda baru saja memandikan Bunga Tayar !

3. Cara Mandi Bunga 3

Kalau anda belajar silat, pastinya anda kena mandi tapak. ! Kira macam mandi bunga.

Aku buleh terangkan mandi tapak tu apa... mandi tapak ni pelik sikit... seseorang tu takpayah guna kain putih macam mandi tamat silat cekak tu... bagi lelaki, hanya pakai seluar pendek sahaja... aku tak tau la bagi perempuan...

Dalam majlis mandi tapak ni, hanya ada seorang je boleh mandi dalam satu-satu masa... dengan kata lain, hanya orang yang terpilih sahaja yang boleh mandi tapak... apakah kriteria orang yang terpilih tu, aku tak tau... kenalah tanya guru silat tu... dan menurut cakap orang, mereka yang telah mandi tapak ni kesannya boleh dilihat serta dirasa serta-merta...

Cara mandi tapak ni agak rumit... majlis tu akan dibuat pada bulan mengambang... orang yang bakal di mandikan akan baring secara meniarap di satu kawasan tanah lapang yang diterangi dengan hanya 4 obor yang melambangkan 4 unsur alam iaitu air, api, tanah dan angin... jarak antara obor mesti 7 depa antara satu sama lain sehingga membentuk satu kawasan empat segi... belakang badan orang yang meniarap tersebut mesti mengenai cahaya bulan mengambang dan tidak boleh tertutup walaupun dengan bayangan awan sehinggalah upacara mandian selesai... kononnya untuk 'dimandikan' terlebih dahulu dengan cahaya pantulan alam (?)... dan orang-orang lain akan membentuk satu bulatan kecil dan berjalan mengelilingi orang yang bakal dimandikan tadi... bertawaf tapi ikut arah jam... kiranya orang yang bakal dimandikan tu di duduk di tengah bulatan tersebut... si guru akan duduk tidak jauh daripada bulatan tersebut... apabila guru memberi arahan "mula", mereka yang bertawaf tadi terus berebut2 untuk memijak2 badan orang yang nak sangat mandi tapak tu... memang mandi tapak betullah... heheh...

Kalau ada bunga, rejam dengan bunga. So jadilah mandi bunga !

4. Cara Mandi Bunga 4 (Terakhir dan yang betul betul)

Nak mandi bunga ni, elok sediakan sendiri. Nampak sangat kau bersungguh sungguh.

Barang barang yang perlu di sediakan.

7 jenis bunga yang wangi. Apa apa bunga ler. Asal wangi. Dulu aku pegi carik dekat Chow Kit. Situ banyak bunga bunga. Tak pun mintak je dengan jiran jiran. Antara bunga bunga yang boleh di buat mandi.

1. Bunga Harum Sundal Malam.
2. Bunga Mawar
3. Bunga Cempaka
4. Bunga Kenanga
5. Bunga Tanjung
6. Bunga Melur
7. Bunga Kesidang atau nama saintifiknya 'canangrium scortechinii'.

No ! Bunga Taik Ayam tak boleh. Kalau guna jugak nanti kawin dengan bapak ayam !

Bunga Citra Lestari juga a big No !

Lavendar? Buleh laa kalau ada.

Bunga Cengkih, walaupun berbau.. jangan sesekali guna. Panas part part tu kang.

Kalau tak cukup bunga lain. Susah nak jumpa. Bunga Mawar tu pun tak pe. Ambik lain lain kaler. Merah. Putih. Kuning buleh. Biru tu jangan kau guna sebab tu dah kena sembur. Pink pun ok. Asal wangi dan warnanya berbeza. Beli cepat, kang nak Valentine ni, bunga rose jadi mahal dowh ! Oh ya, pastikan tiada lebah terperangkap dalam bunga tu, kang elok nak mandi bunga, kena sengat pulak ko.

Di samping tu sediakan 7 jenis minyak wangi tanpa alcohol. Chanel, Clinique, Paco Raban, Hugo Boss, DKNY, Estee Lauder adalah di larang sama sekali.

Pegi jer kat Masjid India. Beli minyak atar yang banyak jenis tu. Carik yang di perbuat dari bunga. Ada kan tulis tulis kat situ. Beli 7 jenis yang berbeza !

Ambik 7 kuntum setiap satu jenis bunga tu. Masukkan dalam sebaldi air yang berisi air. Cerai ceraikan bunga tu kasik tertanggal dari batangnya. Titikkan 7 titik minyak wangi TANPA ALKOHOL tersebut dalam baldi itu. 7 Titik saja setiap satu. Tik ! Tik ! Tik !

Lepas tu baca ayat ayat berikut.

1. Bismillah. Kalau tau Bismillah 4 lagu bagus (Check Al Mathurat)
2. Selawat
3. Baca Ayat Kursi 3 kali
4. Baca 4 Qul
5. Baca ayat dalam Surah Al-Nur sebanyak 7 kali. Tak sure ayat berapa tapi. Start dia.. Allahunurussama....... Tengah ayat dia ada Nur-un- ala- nur. Part tu ulang 7 kali. Ayat ni ada kat dalam masjid Oldtown PJ terpampang. Yang dah kena renovate tu. Hiks. Bukak Quran ler, kang aku baca ko tak dengar.

Sewaktu baca tu. Main main dengan jari air tu pusing arah lawan jam. Ni aku pun tak tahu apa reason dia, untuk aura kot.

Then embun kan air sebaldi tu satu malam kat luar rumah. Make sure bukan bawah pokok ! Atas bumbung lagi bagus.

Besok bangun subuh subuh. Mandi !

Jangan mandi bunga tengahari berdiri. Orang mandi bunga either awal pagi ataupun lewat petang nak maghrib tu.

Kalau mandi, elok kalau ada orang mandikan. Panggil sesapa jiruskan. Jangan kau bogel pulak. Sebelum mandi baca lah Bismillah dan Selawat dah cukup. Doa dalam hati dengan apa apa niat yang kau orang nak. Jangan niat nak jadi Bohsia/Bohjan Tersohor. Memang tak jalan !

Masa kena jirus tu, bunga bunga yang jatuh ke badan uols.. ambik dan gosok gosok di seluruh badan.

Taraaaaaaaaaaaaa.. anda sudah wangi. Dah boleh pakai baju dah pegi sekolah !

Oh lupa. Air mandi tu jangan di kesat. Biar dia kering di badan. Kutip bunga bunga yang bersepah tu, masuk dalam plastik dan buang di tempat yang sepatutnya. Jangan tak kemas pulak. Nanti tersumbat jamban !

Sekian, selamat menerai. Semoga berjaya. Chaiyok ! Chaiyok !

6 comments:

naalaf on 12 April 2009 pada 2:07 PTG berkata...

Di samping tu sediakan 7 jenis minyak wangi tanpa alcohol. Chanel, Clinique, Paco Raban, Hugo Boss, DKNY, Estee Lauder adalah di larang sama sekali.

Boleh substitute ngan Petrol atau minyak itam ker??

naalaf on 12 April 2009 pada 2:08 PTG berkata...

hmmm...jap jap.. Minyak Tanah boleh kut??

Awang Qaseh on 13 April 2009 pada 12:57 PG berkata...

nak lagik mujarab tarok jerkk minyak dagu,lutut,siku,buku lali dan minyak2 len yg seangkatan dgn nyerrr..khehehehe..

Tanpa Nama berkata...

pikat laki boley lah eh mndi bunga hahahha

NoshuhaGurlz.com on 12 Jun 2012 pada 8:19 PTG berkata...

tips yg bgus n klakar bila bce,....hik3
ape pun thanks atas tips yg u brikan...insyaallah lau btul yg u ajar ni..pasti the boommm la lau sape2 yg amalkan....

NoshuhaGurlz.com on 12 Jun 2012 pada 8:20 PTG berkata...

tips yg bgus n klakar bila bce,....hik3
ape pun thanks atas tips yg u brikan...insyaallah lau btul yg u ajar ni..pasti the boommm la lau sape2 yg amalkan....

Catat Ulasan

 



ShoutMix chat widget