Rabu, 7 Oktober 2009

Solat d awal waktu...

Bicara serius kali ini adalah mengenai solat. Solat jangan main-main oh. Tiang agama!


Biasanya, aku sendiri jarang solat on time. Jarang solat awal waktu. Kadang Subuh pun Subuh gajah *ye ke gajah? ntah2 dinosor x? Zohor pun dalam pukul 3.. Ishh teruk tak? Ni aku bagi contoh pasal diri sendiri la ye, pasal korang aku tak tau pulak *susah nak bagi contoh pasal orang lain ni kalau diri sendiri terumbang-ambing.


Umum mengetahui *cis ayat esei masa SPM. bahawa Islam memang terbukti kebenarannya. Dari segi sains pun dapat membuktikan bahawa Islam memang memberi faedah kepada pengamalnya. Tak percaya? Ok sila baca seterusnya untuk mengetahui betapa solat pada awal waktu memberi faedah yang cukup berguna pada kita..


Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. 5 waktu. Jika diteliti sebetulnya, memang waktu-waktu ini menunjukkan perubahan waktu dari awal pagi, pagi, petang, maghrib dan malam *mestilah kan? tak kan kelima-lima solat waktu pagi saja pulak? So perubahan waktu-waktu ini juga menunjukkan perubahan tenaga alam yang dikaji melalui perubahan warna alam *yang ni kalau tanya orang-orang fotografi confirm semua tahu pasal ni.

Ok kita lihat satu per satu...


1) SUBUH.
Masa subuh ni, alam menunjukkan spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Melalui apa yang aku baca, warna ini mempengaruhi rezeki dan komunikasi. Patutlah sebelum-sebelum ni aku dengar orang kata kalau selalu tinggal Subuh, rezeki susah masuk dan akan alami masalah komunikasi.

Tenaga alam berada dalam keadaan optimum bermula azan Subuh. So dikatakan tenaga-tenaga itu akan diserap apabila kita rukuk atau sujud dengan menggunakan konsep resonan.. *pergh! menarik kan? Itu kalau di awal Subuh. Kalau lewat, mungkin masih ada tenaga yang diserap tetapi bukan pada tahap optimum.


2) ZOHOR.
Dari warna biru muda waktu subuh tadi, alam akan mula bertukar rupa kepada hijau (isyraq & dhuha) dan seterusnya kuning. Kiranya waktu alam bertukar kepada kuning ni, waktu Zohor la. So masa ni pulak, spektrum warna dikatakan berkait dengan sistem penghadaman. Ia berkait dengan frekuensi perut dan hati *nah kau! sebelum ni aku tak tau pun..

Kan warna kuning berkait dengan keceriaan? Sebab tu la kalau sentiasa tinggal Solat Zohor, kita akan hilang rasa keceriaan. Ada masalah perut. *hish kalau ada sakit perut boleh ceria ke? Mesti berkerut-kerut dahi kan?


3) ASAR.
Warna Oren. Oren berkait dengan sistem reproduktif kita. *apekebenda pulak sistem reproduktif? Hehe aku pun pada mulanya tak tahu tapi mengikut yang aku baca ia adalah seperti prostat, uterus, ovari dan testis. Maknanya spektrum warna Oren berkait dengan frekuensi sistem reproduktif tu la. Lagi satu, warna Oren ni melambangkan kreativiti.

Kalau selalu tinggal Solat Asar, nanti hilanglah daya kreativiti kita. Bertambah malang lagi kalau waktu Asar ni jasad terpisah dengan roh kita. Pahamlah kan? Hish kiranya kita tidur la. Haaa sebab tu la tak boleh tidur waktu Asar *aku sendiri nak cuba kurangkan tidur waktu Asar pasni.


4. MAGHRIB.
Waktu macam ni orang-orang lama kata jangan duduk luar rumah. Sebab dia? Sebab waktu ni, alam kan bertukar menjadi Merah *tak percaya cuba tengok langit waktu-waktu camni kan ada warna merah-merah? yang berkait dengan frekuensi jin dan iblis (infra-red) *waktu ni Encik Jin dan Puan Iblis kuat bertenaga sebab mereka jadi resonan dengan alam. Infra-red pada handphone jangan tanya aku.

Warna Merah adalah berkait dengan keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Kiranya kita dalam perjalanan balik rumah pun, dinasihatkan singgah mana-mana untuk Solat Maghrib dulu sebab masa ni pembelauan rancak berlaku. Boleh kelirukan mata la.


5. ISYAK.
Kan tadi masa dekat-dekat Maghrib, warna alam bertukar ke Merah? Cuba tengok lagi lepas tu, alam akan bertukar kepada Indigo dan seterusnya masuklah ia ke fasa kegelapan. Frekuensinya berkait dengan sistem kawalan otak oh. Ia menyimpan rahsia tentang kedamaian dan ketenteraman.

Sebab tu umumnya kita tidur dalam gelap. Islam menggalakkan beginilah. Ia dikira tidur delta sebab seluruh tubuh berada dalam keadaan rehat. *jangan pulak korang tanya aku pasal mereka yang hidap imsonia ;)


So apa lagi? Lepas ni jomlah usaha untuk Solat awal waktu ok.. SELAMAT BERAMAL..

***haku rembat dari blog Merepek semata mata...
Read rest of entry

Selasa, 6 Oktober 2009

Mimpi Seorang Isteri



Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, "Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?".

"Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak" jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul:

"Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya"...

Read rest of entry

Sejarah Orang Tak Tau.....



Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara...
"Hamba cadangkan nama Karma Sari."
"Hamba pula cadangkan Margapura."
"Karma Sari lebih molek."
"Molek lagi Margapura."
"Pilihlah Karma Sari!"
"Margapura!"
"Karma Sari!"
"Margapura!"
"Karma Sari molek!"
"Molek lagi Margapura!"
"Tengkorak hang!"
"Opah hang!"
"Opah hang!"
"Sudah! Sudah!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang." Demikianlah kisahnya….

Read rest of entry

Cara2 Menghilangkan Tahi Lalat..

Haaa.. akhirnya aku da jumpa cara menghilangkan taik lalat paling senang kat dunia..

Haa.. sedara-sedara semua.. hari ni aku nak hilangkan taik lalat ni... sedara-sedara semua boleh amik buku nota.. salin... kalau tak rugiii..


Haa.. apa cara yang terbaik untuk hilangkan taik lalat ni? apa kejadahnye semua ini?


Yeah! ade idea! senang je rupenye...


Mula2.. kite memerlukan kunci.. kunci bilik yee.. ha? kunci bilik? nak buat pe?


Kite juga memerlukan pemotong kuku.. (taik lalat aku ni berkuku ke?).. ape semua ni?


Selain tu.. kite memerlukan mister potato n air mineral.. (in case kalu rasa lapar time proses penyingkiran taik lalat ni sedang dijalankan)


Haa.. inilah gunanya kunci tadi tu.. tak sakit pon.. jangan risau.. rasa cam kena sunat je.. alaa.. cam kena gigit semut jee.. (sebenarnye sakit dia cam dalam cite Saw tu..)


Oh ye! lupe nak bagitau.. kite juga memerlukan stapler utk membiuskan hidung tu ye.. teknologi ini dinamakan teknologi nano nano.. ni pun tak sakit.. jangan risau laa.. macam kena geletek pun aderr..


Ok.. yang ni climaxnye.. pemotong kuku.. sebelum tu sedara2 semua perlu mengkeringkan hati sekering botol mineral yang xde air akibat diminum oleh orang yang tak berpuasa ituuuu...


Haa.. tabah... tabah...


Eh!! dah hilaanng!!! waaaa~~~ Komuniti sepaku.net


(Teruja) eh.. betul laa.. dah hilang.. uih.. betul laa.. ha?

Kakak kakak abang2 pakcik2 makcik2... adek2.. jgn tiru aksi ini dirumah yerh..


Read rest of entry

Isnin, 28 September 2009

Kempen mkn sayur..










Read rest of entry
 



ShoutMix chat widget