Sabtu, 28 Februari 2009

Selamat Ulang Tahun... Sayang





يڠ تولوس إخلاص
ايڠين سكالي سكالا ديريڽ دبالس
والاو هاڽ دڠن داكڤن د اڠين لالو

يڠ سلالو ممبري
ايڠين سكالي سكالا جادي ڤنريما
چوكوڤ دڠن سلام دان مانيس دعا

اكو ايڠين كاو مراساكن هيبتڽ چينتا
دان ليبوركن ساج سرڤيهن چالر دريتا

سلامت اولڠ تاهون سايڠ
كيني كاو برسايڤ، ڤرڬيله تربڠ
رنتسله لاڠيت چيتا چيتا مو
هارڤ ننتي كيت ءكن برتمو

سلامت اولڠ تاهون سايڠ
جاڠنله اڠكاو تق تربڠ ڤولڠ
كو ننتي ڤنوه كريندوان
سلامت تيڠڬل، سلامت جالن

اكو هاڽ ايڠينكن اڠكاو ستيا
كران ستيا يڠ منچيڤتا بهاڬيامو


Read rest of entry

Lidah Sorang Pompuan(awekssszz)

1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan ko..boring!

2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..

4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap

5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i bz la sekarang ni...nanti i free i call u ,kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?

6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo nak makan pun harap aku belanja,boleh blah la...

7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...

8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk?i kena balik balik cepat la...ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...

9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la

10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?
Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...

...ishhh!!ishh!!ishhh..pompuannn..pompuannnn..tak patutttt..khehehe...

***Ditapau dari IH
Read rest of entry

Rabu, 25 Februari 2009

Ayah IT (xxx)


Seorang ayah yang sangat berhati2 apabila menceritakan perihal pendidikan seks didatangi oleh anak lelakinya..

Kemudian dengan selambanya anak yang genius lahir di zaman teknologi maklumat itu bertanya kepadanya…

"Ayah, macamana saya boleh lahir kat dunia ni?"

Memandangkan topik yang dibawa boleh menjerumus ke arah cerita2 berbaur seks lalu si ayah cuba menerangkannya menggunakan istilah I.T. dengan harapan si anak itu memahami dengan lebih jelas dan tepat..

Hmm….
Nak, macam ni ceritanya…

Pada suatu hari tu Mak dan Ayah berkenalan secara tak sengaja di dalam chat room di Yahoo!

Kemudian ayah tentukan janjitemu pertama kami via e-mail..

Lepas tu kami pun dating di Cyber Cafe..

Ayah ajak Mak kamu dalam Private Room dan kami bersetuju untuk File Sharing dan mengUpload data daripada Hard Drive ayah ke Tablet Mak kamu.

Masa kami tengah syok dok upload tu barulah kami terperasan yang Mak ngan Ayah ni tak pasang satupun Firewall..

Masa peristiwa tu berlaku,Ayah pulak boleh lupa nak tekan Button Delete jadi Ayah suruh Mak kamu jumpa Dr Norton atau sekurang-kurangnya suh Mak kamu telan PCSilin..

tapi Mak kamu memang degil dan akibatnya sembilan bulan kemudian kami dapat Pop-Up Window kat pc kami bertulis :

You Have Got 1 Mail! (I mean Male!)
Read rest of entry

Isnin, 23 Februari 2009

MAI-SOM-SUK-SEE



หน้าอย่างฉัน ฉันรู้ตัวเองดีไม่มีวัน

naa yaang chun chun roo dtua eng dee mai mee wun

For someone like me, I know it's impossible.

อย่าฝันให้มันเกินไม่มีทาง แต่หัวใจมันยังไม่ยอม

yaa fun hai mun gern mai mee taang dtae hua jai mun yung mai yom

I shouldn't dream about too much it as it just won't happen, but my heart won't give in.

ก็มันรัก ถึงแม้จะมีเพียงแค่หัวใจ ถึงแม้จะมีใคร

gor mun ruk teung mae ja mee piang kae hua jai teung mae ja mee krai

But I still love you, although all I have is my heart, although you have someone.

เขาทุ่มเทให้เธอมากกว่าคำว่ารักจากคนนี้

kao toom tae hai ter maak gwar kam wa ruk jaak kon nee

Who gives you much more than just the word "love" like me.

คนอย่างฉันมันก็ดีแต่รักเธอ

kon yaang chun mun gor dee dtae ruk ter

Someone like me is only quite good, but still loves you (??)

ถ้าหากเธอคิดว่าฉันยังไม่ดี ไม่สมศักดิ์ศรีของชีวิตเธอ

taa haak ter kit wa chun yung mai dee mai som suk see kong chee wit ter

If you think I'm not good enough, not special enough for you to be with.

ก็ออกไปค้นไปหาให้มันเจอ ที่เธอฝัน

gor ork bai kon bai haa hai mun jer tee ter fun

Then go out and find what is you're dreaming of.

แต่ถ้าวันไหนเธอเห็นความเป็นจริง ว่าสิ่งที่เธอต้องการคือหัวใจ

dtae taa wun nai ter hen kwarm ben jing wa sing tee ter dtong gaan keu hua jai

But if one day you see what you really want is someone's heart.

ก็กลับมาหาคนที่รักเธอเกินใคร คนอย่างฉัน

gor glup ma ha kon tee ruk ter gern krai kon yaang chun

Come back and find someone who loves you more than anyone - someone like me.

กลับมาหาคนที่รักเดียวใจเดียว อย่างฉัน

glup ma ha kon tee ruk dee-o jai dee-o yaang chun

Come back and find someone who loves you alone - someone like me.


Read rest of entry

Ahad, 22 Februari 2009

Deep Water


Read rest of entry

Sabtu, 14 Februari 2009

NOTIS PENTING!!!!!.......


"Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda Kenali"

Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan Oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari. Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur, Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan.

Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita Tersebut.

Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.

Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah ini.

Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang.

Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat Mujarab Iaitu :

*RIDSECT* , Membunuh Serangga Dengan Berkesan. Sebab aku dah terkena, beriya la lu baca ..... hampeh......
khehehehe....
Read rest of entry

Hati Seorang Wanita..(aweksszzz)


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa


+++betul kerr nih???..iskkk..
Read rest of entry

WILL YOU????...

Read rest of entry

speechless..

Read rest of entry

Khamis, 12 Februari 2009

Ilmu Sihir Dalam Masyarakat Melayu

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.Untuk pengetahuan semua , artikel ini bukan untuk merendah-rendahkan orang kita cuma untuk mendedahkan sedikit sisi hitam pengaruh ilmu sihir dan amalan khurafat yang masih diamalkan oleh orang melayu dinegara kita.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

  • Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
  • Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
  • Polong : Bagi menghisap darah mangsa
  • Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG

Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU

Ilmu hitam ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG

Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT

Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG

Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Read rest of entry

Sihir Guna Anak Patung

Dua anak patung digantung kepala ke bawah terikat di pokok ditemui sekumpulan kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang menjalankan kerja penyelenggaraan di tepi Jalan Taman Panchor, di Seremban. Seorang daripada kakitangan itu yang hanya mahu dikenali Isa, 47, berkata anak patung itu ditemui berbalut dengan kain kuning dan merah serta diikat dengan keadaan terbalik, kira-kira jam 4 petang, dipercayai untuk perbuatan sihir....

++nih mesti fanatik ngan team merah kunig nih...kuehehehe..

Read rest of entry

Citer Mati...


kisah 1
Sedang Victorio memandu keretanya berhampiran Naples,Itali,angin yang kuat tiba-tiba melanda dan menyebabkan kereta yang dipandunya itu tercampak ke dalam sungai.Untuk mengelakkan diri daripada mati lemas,Victor memecahkan tingkap keretanya dan berenang ke tebing sungai.Dia terselamat,tetapi tiupan angin yang terlalu kuat mengakibatkan sebatang pokok di tebing sungai berkenaan tumbang lalu menghempap tubuhnya.Victor mati ditempat kejadian...

kisah 2
Seorang lelaki terjatuh apabila dilanggar oleh sebuah kereta di New York,Amerika Syarikat.Dia bangun semula tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan serius.Bagaimanapun,atas nasihat seseorang yang kebetulan berada di tempat kejadian,lelaki tersebut berbaring semula di depan kereta berkenaan dan berpura-pura sakit.Kononnya cedera teruk akibat kemalangan itu.Tujuannya supaya dia akan mendapat pampasan daripada syarikat insurans.Malangnya lelaki tersebut mengalami cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia apabila secara tiba-tiba kereta berkenaan bergerak ke hadapan dan melanggar tubuhnya...

kisah 3
Satu majlis memberi penghormatan terakhir diadakan di Tasik Kushaqua,New York,untuk seorang wanita yang disangkakan telah mati akibat serangan jantung.Mayat wanita itu terbujur di dalam keranda sementara orang ramai yang menziarahi wanita tersebut menangis meratapi pemergiannya.Tiba-tiba wanita tersebut bangun dari keranda dan menyebabkan semua yang berada di rumah tersebut terkejut besar, termasuklah adik perempuannya yang rebah dan tidak terus bangun-bangun sehinggalah ke akhir ini!!!..

kisah 4
Walter Hallas,31, seorang kerani sebuah stor di Leeds,England mengalami sakit gigi yang agak teruk.Dia mengerang kesakitan tetapi takut untuk menemui doktor gigi.Untuk melegakan kesakitan,Hallas memanggil kawannya dan meminta kawannya itu menumbuk ke arah rahangnya.Tumbukan padu dilepaskan , Hallas terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai dan menyebabkan dia meninggal dunia akibat tengkoraknya retak.

***huh!!!..tak pasal2...iskkk!!!..

Read rest of entry

Selasa, 10 Februari 2009

GAMBAR PANASSSZZZZ!!!!!........

Untuk Tatapan Dewasa Sahaja lebih 18








Org Dewasa jer ok......











Budak2 sila ketepi......








Tu budak kat sebelah tu....suruh dia pegi jauh sikit......

















Panas giler gambo nie.......
kalau tak tahan jangan tengok k....

Click this bar to view the full image.
Click the image to open in full size.




Fuhh...... tak dapat bayangkan betapa panasnya
gambar ini .. Mau hati terbakar tu...
Read rest of entry

Isnin, 9 Februari 2009

Rakusnya Si Rempit


Sedang aku bergerak menuju ke kaunter bayaran kedai mamak itu,
seorang lelaki (selepas ini akan dikenali sebagai Rempit A)
dalam pertengahan 20-an, berbusana ala-ala rempit memintas
dengan jayanya untuk beratur di depan aku. Heh, nak bayar kat
kaunter pun beriya-iya berlumba ke? Bukannye aku berlari-lari
di tepian pantai pun, yang ko bersemangat waja sangat memintas
aku kenapa? Lain ler kalau ada pertandingan "Pembayar Ke 100 Di
Kaunter Akan Dapat Suzuki SX4"

Sampai turn Rempit A untuk membayar, dia menghulurkan kertas
yang bertulis jumlah yang perlu dibayar. Aku di belakang masih
separa menyampah disebabkan tindakannya tadi.
Mamak itu menekan-nekan butang cash register sambil melihat
kertas dengan dahi berkerut-kerut...

Mamak: Duduk mana?

Rempit A: Taman Tuanku Jaafar

Mamak: ....

Mamak: Duduk meja mana?

Rempit A: Oh.. haa meja belakang sana tepi sink

Demi Tuhan Yang Maha Kuasa, aku di belakang separuh nyawa
menahan ketawa menggigit knuckles sambil memandang tempat lain,
sedangkan dalam hati yang kudus ini telah menyeringai gelaktawa riang terbahak-bahak..Click the image to open in full size.

khehehehehe...pulakk??!!!..iskkk..
Read rest of entry

Bagaimana hendak mengenali Pak Pandir


* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

* dia baca email ini. (opss gurau jer...jangan marah!)

*Sumber IH
Read rest of entry

Khamis, 5 Februari 2009

Petua Mengurangkan Batuk


Apabila batuk kita pasti merasa kurang selesa lebih-lebih lagi jika ketika itu kita bersama seseorang atau berada di dalam bilik mesyuarat. Orang lain sudah pasti akan meleretkan matanya melihat kita yang sedang batuk. Secara tradisionalnya terdapat beberapa cara untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan batuk.

Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk;

* Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
* Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
* Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
* Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
* Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
* Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
* Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang
Read rest of entry

Nangka Beracun


Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..

'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'
Read rest of entry

HISTERIA - Gangguan makhluk halus atau masalah psikologi ?


Pada tahun Julai 2008, negara digemparkan dengan kes histeria yang membabitkan 35 orang pelajar Sekolah Menengah Tanjung Lumpur, Kuantan. Lebih menghairankan lagi, serangan histeria tersebut dikatakan berlaku hampir setiap hari sehingga sesi pembelanjaran terganggu. Ramai mempercayai ia akibat gangguan makhluk halus. Bagaimana pula dari segi perubatan ?

Professor yang juga Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr. Azhar Md Zain menjelaskan histeria berlaku di seluruh dunia, termasuk di barat. Namun, bilangan kes semakin berkurangan apabila sesebuah negara semakin maju. Beliau ada mencadangkan satu kajian perlu dibuat untuk melihat mengapa masih wujud kes histeria di sekolah walaupun masyarakat Malaysia kini semakin moden dan maju.

Histeria dari sudut perubatan..

Histeria adalah penyakit psikiatri yang dikenali sebagai 'somatoform disorder' dan dibagaikan kepada dua jenis iaitu 'conversion disorder' dan 'dissociative hysteria'.

Conversion disorder adalah keadaan yang mana mereka diserang histeria biasanya akan merasai gangguan fizikal seperti merasai badan lumpuh, buta, pekak dan bisu walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengalami masalah berkenaan. Kebiasaannya, histeria jenis ini berlaku kerana konflik dan trauma seperti melihat saudara dirogol, kemalangan dan kematian.

Dissociative hysteria pula menyebabkan mereka yang terkena histeria akan meronta-ronta, meracau dan menjerit-jerit. Malah, ia kerap berlaku pada kanak-kanak dan remaja akibat konflik yang tidak dapat dikawal.

Prof Azhar berkata, Dissociative Hysteria kerap berlaku dalam masyarakat Malaysia dan biasanya membabitkan pelajar sekolah, penuntut IPT dan pekerja wanita di kilang manakala di Barat lebih popular dengan histeria jenis conversion disorder.

Histeria dari perspektif Islam...

Menurut pengamal perubatan Islam, Fauzi Mustapa, histeria mengikut perspektif Islam adalah merujuk kepada keaadaan di mana manusia tidak sedar, dirasuk dan hilang ingatan akibat gangguan emosi yang tidak terkawal dan tekanan perasaan akibat masalah peribadi, rumah tangga dan kepincangan masyarakat.

Katanya, ia boleh berlaku apabila seseorang itu tidak sedarkan diri dan syaitan mula menguasai akal fikiran mereka sehingga menyebabkan ada yang meracau, menjerit dan melakukan perkara di luar batasan manusia normal serta hilang ingatan.

Trend popular semasa musim orientasi dan musim peperiksaan ?

Beliau menjelaskan kira-kira 20 tahun lalu kes histeria dilaporkan banyak berlaku di negara ini dengan kes tertinggi di sekolah berasrama, kilang dan kem motivasi serta minggu orientasi. Namun ia mulai berkurangan dan menjadi kes terpencil pada 1990-an. Berdasarkan kajian kes terdahulu, kebanyakkan kes histeria didapati berlaku dalam minggu peperikaan di sekolah berasrama dan minggu orientasi di IPT. Dipercayai penglibatan terlalu banyak aktiviti yang meletihkan hingga mengganggu masa tidur dan rehat pelajar dikatakan punca kepada kes histeria semasa minggu orientasi.

Selain itu, pelajar asrama juga mudah terkena histeria kerena tidak dapat mengawal konflik seperti mengikut disiplin yang ketat selain kerinduan pada keluarga. Dalam kes 1980-an, kebanyakkan kes histeria berlaku di sekolah agama yang mana disiplinnya lebih tinggi berbanding sekolah biasa.

Kes membabitkan perkerja kilang, biasanya berlaku pada waktu malam. Ia dipercayai berlaku kerana pekerja keletihan tidak cukup tidur selain faktor ketakutan kerana sering mendengar cerita mengenai hantu.

Wanita lebih cenderung dengan fenomena histeria ?

Menurut Prof Dr Azhar, kebanyakkan kes membabitkan wanita kerana tahap ketakutan mereka lebih tinggi berbanding lelaki. Tambah Prof Dr Azhar lagi, histeria sebenarnya berlaku kerana konflik yang tidak dapat dibendung dan dikawal oleh individu itu dan cara mengawalnya adalah dengan memberikan bantuan bukan tekanan kepada mereka yang ada masalah atau lemah.

Rawatan...

Cara rawatan terbaik untuk histeria adalah dengan memberikannya sesi kaunselling. Bagi mengelakkan ia 'berjangkit' dan menjadi epidemik, mereka yang diserang histeria wajar diasingkan dengan orang lain.

Bagi orang Islam, biasanya pengamal perubatan Islam akan memberikan rawatan untuk menenangkan pesakit dengan bacaan ayat Al-Quran. Begitu juga dengan agama lain, yang mana mungkin orang yang arif dalam agama mereka akan memberikan rawatan mengikut kepercayaan masing-masing.

Namun, seeloknya selepas rawatan berkenaan, pesakit diberikan keyakinan untuk megawal diri dan selepas pulih pesakit diberikan sokongan seperti bertanyakan masalah dihadapi mereka.

Read rest of entry
 



ShoutMix chat widget