Sabtu, 26 September 2009
Isnin, 7 September 2009
Pabila Pak Pandir Berposa....

Pada suatu hari di bulan posa, pak pandir & isterinyer pergi solat terawih dimasjid. Pada malam itu masjid telah menjemput Ustaz untuk memberi ceramah agama tentang puasa ramadhan. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.
" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang… ." kata Ustaz itu...
Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya. Esoknye paginyer rumah pak pandIr menjadi kecoh dengan gelagat pak pandir meronta-ronta kesakitan perut. Sudah beberapa kali pak pandir pergi ke tandas dan pak pandir juga asyik terkentut memanjang
Isteri pak pandir tak tahan, maka bertanyalah isterinya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sahur tadi?? sampai jadi camni?? ".
"aku ikut ckp ustaz la ni tuk wat kita tahan posa sampai berbuka.. Tadi sahur aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu…. berak-berak makan julap.mesti syaitan serik nak makan makanan kita lg kan3x.."
Sesungguhnya… niat pak pandir memang suci…
Khamis, 20 Ogos 2009
Harapan Ramadhan
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Rabu, 19 Ogos 2009
Langgan:
Catatan (Atom)