Rabu, 31 Disember 2008

KEDAI BARU


Sam dan Dol sedang berehat setelah penat mempersiapkan kedai yang mereka akan buka dua-tiga hari lagi. Kedainya dah siap tapi barang-barangnya belum sampai lagi. Dalam berbual-bual, Sam mencadangkan mereka "mengenakan" orang yang bertanya tentang kedai mereka itu. Dol setuju saja -- memang satu kepala dengan Sam.

Tak lama kemudian, lalulah Pak Pandir di depan kedai mereka.

Dilihatnya kedai itu kosong saja, lalu Pak Pandir bertanya kepada mereka berdua, "Anak-anak ni jual apa?"

Sam dengan rasa geli perutnya (sebab dapat mangsa pertama) pun menjawab, "mangkuk hayun.". Dol ketawa berdeket-deket -- kononnya kelakar le tu.

"Laku jugak ye", kata Pak Pandir pula. "Tinggal dua saja", tambahnya sambil tersenyum dan berlalu.

0 comments:

Catat Ulasan

 



ShoutMix chat widget