Khamis, 11 Jun 2009

Pengganti Dato' Abdul Malik Mydin...!

Inilah yang dinamakan semangat membara. Dengan hanya berbekalkan plastik Jusco sumbangan jiran sebelah sebagai pakaian renang, adik Remy (bukan nama sebenar) berlatih berenang setiap hari untuk merentas Selat Inggeris seperti mana Dato' Abdul Malik Mydin. Walaupun pakaiannya itu agak menjolok mata dan tekak, aku sebagai anak Malaysia berbangga dengan usaha anak muda ini!!!...


Namun setelah sepurnama berlatih, adik Remy membuat keputusan untuk menjadi model bikini sahaja. Ini kerana dia tidak tahan dengan air laut yang masin. Apatah lagi dia sudah lama menghidap penyakit darah tinggi. Dia berharap dapat menjadi duta Jusco seperti penyanyi pujaan hatinya Dato' Hajah Siti Nurhaliza setelah menukar kariernya. Kalau dilihat daripada sisi belakang ni memang ada gaya menjadi model bikini yang berkaliber...nguehehehe..

0 comments:

Catat Ulasan

 



ShoutMix chat widget