Ada 4 lilin yang menyala.
Sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.
Yang pertama berkata:
“Aku adalah Damai.”
“Namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.
Yang kedua berkata:
“Aku adalah Iman.”
“Sayang aku tak berguna lagi.Manusia tak mau mengenaliku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.
Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara: “Aku adalah Cinta”
“Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.Mereka saling membenci, malah membenci mereka yang mencintainya,..membenci keluarganya.”Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga. Tanpa terduga… Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.Kerana takut akan kegelapan itu, si anak berkata:
“Eh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!” Lalu si anak menangis tersedu-sedu.Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata: “Jangan takut,Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:
” Akulah H A R A P A N “
Dengan mata bersinar, si anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya. Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N yang ada dalam hati kita. Semoga ia dapat menjadi alat, seperti si anak tersebut yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman' . Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.
Ah Chin Ah Chin miskin. Die takde duit. Die nak beli baju yang berharga rm50. Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25 so die pegi la nak beli baju tu. masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm45. die bayar then die dapat baki rm5. die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1. die tinggal rm3. die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24. so die hutang rm48. die ade rm3 skarang. rm48+rm3= rm51 kenapa boleh ade rm51? sedangkan die pinjam rm50.?
Abu Abu miskin. Die takde duit. Die nak beli baju yang berharga rm50. Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25 so die pegi la nak beli baju tu. masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm44. die bayar then die dapat baki rm6. die bagi kawan A rm2 dan die bagi kawan B rm2. die tinggal rm2. die hutang kawan A rm23 dan die hutang kawan B rm23. so die hutang rm46. die ade rm2 skarang. rm46+rm2= rm48 mana lagi rm2?
setelah sayup mendengar suaramu.. dari germersik reranting kering.. membawa musim luruh yg kembali hadir.. ke daerah semalam yg kian terasing.. diasak kerinduan yg aneh..
sekuntum puisi lain untukmu.. irama daun kasihku yg berguguran... menatahkan abadi satu kehilangan... dihari-hari remajaku bersama mu..
ini tulisan dari hati.. goresan suram wajah suasana.. sekadar cubaku menghiburkan perasaan... terperangkap dalam ilusi indah.. sebelum musin-musim mendatang.. untukku ulangi kamar mimpi.. dihari-hari kenangan.. yg berepilog sepi dalam sebuah hati...