Jumaat, 8 Mei 2009

Ujian Keletihan

Ingin mengetahui tahap keletihan badan anda? Anda akan mengetahuinya dengan menjawab persoalan-persoalan berikut :-

Tidak dapat bangun dari tidur tepat pada masa dan selalu melengah-lengah masa.
Tidak bermaya untuk berjalan.
Tidak suka berkomunikasi dengan orang ramai.
Malas bercakap. Rasa tidak bermaya dan lemah.
Malas bergerak terutamanya selepas duduk. Sentiasa berangan-angan kosong.
Sentiasa tersasul apabila bercakap ataupun menulis.
Kurang daya ingatan. Mudah terlupa walaupun pesanan yang baru diterima.
Sentiasa rasa tidak bertenaga atau lemah. Bergantung kepada ‘kafein’ untuk memberi tenaga.
Mulut tawar, deria rasa berkurangan, tidak berselera makan, suka mengambil perasa dalam makanan.
Merokok dan mengambil minuman keras yang terlalu kerap.
Telinga berdengung, pening kepala, mudah pitam, cepat marah.
Mata letih, seringkali bersanggap (menguap).
Rasa bahagian badan berat terutama pada bahagian perut dan ke bawah, gemar meletakkan kaki di atas meja semasa berehat.
Sukar untuk tidur, terlalu banyak berfikir, kerap mimpi.
Selalu mengantuk, kelenguhan otot-otot.

KEPUTUSANNYA :

Jika anda mengalami 2 hingga 4 perkara di atas, anda mungkin sedang mengalami sedikit keletihan. Tetapi sekiranya anda mengalami 5 perkara dan ke atas, tahap keletihan anda adalah kritikal. Anda mungkin mengalami masalah penyakit tertentu.

0 comments:

Catat Ulasan

 



ShoutMix chat widget